Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

Pertandingan Badminton APA (ASEAN Ports Association) Malaysia antara Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia 2018
Tarikh : 11 Dec 2018
 

Lembaga Pelabuhan Kuching telah menganjurkan kejohanan APA (Asean Ports Association) Badminton Antara Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia pada 24 sehingga 25 November 2018.

 

Sejumlah 13 pasukan menyertai kejohanan tersebut iaitu Lembaga Pelabuhan Kuching, WestPort Malaysia Sdn Bhd, Penang Port Sdn Bhd, Sabah Port Sdn Bhd, Bintulu Port Sdn Bhd, Johor Port Sdn Bhd, Lembaga Pelabuhan Miri, Northport (Malaysia) Bhd, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Kelang, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Kuantan dan Lembaga Pelabuhan Rajang.

 

Matlamat kejohanan tersebut adalah memilih pemain-pemain untuk mewakili Pelabuhan Malaysia ke Sukan Antara Pelabuhan-Pelabuhan Asean Ke-13 yang akan diadakan di Yogyakarta, Indonesia pada tahun 2019.