Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

Penguatkuasaan Yuran Penyelenggaraan Laluan Sungai
Tarikh : 13 Jun 2016
 

Pada 9/6/2016, Lembaga Pelabuhan Kuching telah mengadakan sesi taklimat mengenai penguatkuasaan Yuran Penyelenggaraan Laluan Sungai di Dewan Teater, Bangunan Operasi Pelabuhan, Pending. Dalam taklimat kepada komuniti perkapalan, Penolong Pengurus Besar (Kewangan), Encik Robert Lau memaklumkan bahawa Sungai Sarawak akan menjadi sebuah sungai lebuhraya besar kepada kapal selepas penggerukan kapita siap pada sepanjang 2016 dan 2019. Projek bernilai RM360 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Sri LiowTiong Lai pada 27/2/2016 di terminal Senari.

Untuk menyelenggara laluan pengemudian, satu tarif pelabuhan yang baru iaitu “Yuran Penyelenggaraan Laluan” akan dikenakan pada kadar RM1.00 kargo per tan atau RM1.00 seorang dalam lingkungan pelabuhan Lembaga Pelebuhan Kuching. Ianya akan hanya dikenakan ke atas kargo atau penumpang dalam atau luar dari Sarawak. Caj ini tidakakan dikenakan kepada kargo tempatan atau penumpang tempatan dalam Sarawak. Tarif baru ini akan berkuatkuasa pada 1/6/2016 di bawah “Kuching Port Authority (Dues, Rates and Charges) (Amendment) Regulations 2016”.

Faedah yang dijangkakan dari laluan pengemudian yang lebih dalam iaitu 9meter di bawah carta datum (air pasang dalam sehingga 12 meter) dan melalui 23.4 km adalah: membolehkan kapal kargo dan kapal pelancong yang lebih besar berlabuh ke Kuching secara terus dari Semenanjung Malaysia, Singapura, Hong kong, China, atau Korea tanpa perlu menunggu air pasang tinggi untuk belayar di Sungai Sarawak, kos dan penjimatan masa akibat dari had ke dalaman draf yang cetek di muara Sungai Sarawak, dan yang paling penting keselamatan pengemudian (mencegah kemalanagan perkapalan dan kehilangan nyawa).

Gambar: Komuniti Perkapalan di Kuching telah diberi taklimat tentang Yuran Penyelenggaraan Laluan yang baru
oleh pihak pengurusan kanan Lembaga Pelabuhan Kuching di Terminal Pending, Kuching.