Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

Taklimat mengenai Garis Panduan Berkaitan Pengesahan Berat Kasar Kontena Berkargo
Tarikh : 26 May 2016
 

Pada 17 Mei 2016, Lembaga Pelabuhan Kuching telah menganjurkan taklimat mengenai Garis Panduan Berkaitan Pengesahan Berat Kasar Kontena Berkargo. Ia telah dijalankan oleh Jabatan Laut, Sarawak.

Pindaan terhadap Peraturan VI/2 SOLAS dan pemakaian MSC.1/Circ.1475  adalah untuk mendapat berat kasar kontena berkargo untuk dimaut ke atas sesebuah kapal.

Pindaan ke atas Peraturan VI/2 SOLAS iaitu keperluan pengesahan berat kasar kontena berkargo akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Julai 2016.

Semua pihak yang terlibat (shippers) dikehendaki untuk menetapkan kaedah pengesahan berat kasar sebenar kontena berkargo berdasarkan garis panduan seperti yang digariskan dalam MSC.1/Circ.1475 dan mengemukakan permohonan pendaftaran syarikat kepada Jabatan laut sebelum 1 Julai 2016.

Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 101 peserta dari komuniti perkapalan. Lembaga Pelabuhan Kuching mengambil peluang untuk memberi taklimat kepada peserta mengenai kemudahan penimbang yang sedia ada untuk semua pihak yang terlibat.

En. Mohd. Marzuki (berdiri) dari Jabatan Laut, Sarawak menjalankan taklimat berkenaan. Duduk No.2 dari kiri ialah Pengurus Besar LPK, En. Rosli Saup yang ditemani oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Laut, Lembaga Pelabuhan Kuching, dan Kementerian Pembangunan Infrastuktur dan Pengangkutan.

komuniti perkapalan menghadiri sesi taklimat