Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

Sambutan Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil-Sijil Tahun 2016 oleh Lembaga Pelabuhan Kuching
Tarikh : 09 Dec 2016
 

Lembaga Pelabuhan Kuching telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil-Sijil pada 1 Disember 2016 bertempat di Bangunan Operasi Pelabuhan untuk menghargai sumbangan kakitangan-kakitangan yang akan bersara pada tahun 2016 serta menyampaikan sijil-sijil dan anugerah untuk mengesahkan pelbagai sumbangan dan kecemerlangan prestasi kakitangan-kakitangan dalam aspek-aspek yang berlainan untuk tahun 2016.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching, Y.Bhg Dato Awang Bemee Bin Haji Pengiran Ali Basah menyatakan keyakinan terhadap keupayaan Lembaga Pelabuhan dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi pada tahun 2017 dengan pengurusan kewangan yang berkualiti dan penganugerahan ISO 9001 : 2015 yang membuktikan pengendalian kargo-kargo jenis kontena, pukal pecah, dan pukal kering secara efisien. Dato Awang Bemee juga menyatakan bahawa Lembaga Pelabuhan Kuching telah mula membina prasarana kargo pukal yang baru di Terminal Senari dalam 3 tahun yang akan datang. Pihak Lembaga dijangka akan mencapai pengendalian kargo berjumlah 9.25 juta dan 221,210 TEUs kargo jenis kontena pada akhir tahun 2016.

Pada 27 Februari 2016, Menteri Pengakutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengunjungi Terminal Senari dan megumumkan peruntukan sebanyak RM360 juta untuk pengerukan Sungai Sarawak dan membolehkan lebih banyak persigahan kapal besar tanpa perlu menunggu kenaikan surut. Pada 26 April 2016, Lembaga Pelabuhan Kuching juga menyambut Hari Ulang Tahun ke-55 dan dilantik sebagai “Jabatan Bapa Angkat” untuk Kontijen Sukan Negeri Perak sempena SUKMA XVIII Sarawak 2016. Selain itu, sebuah kapal patrol telah dibeli untuk meningkatkan kecekapan rondaan di Sungai Sarawak dan jeti-jeti peribadi untuk mencegah sebarang aktiviti haram dan meningkatkan keselamatan di sekitar sungai tersebut. Pengambilan bahagian dalam Program Sejiwa Senada bertempat di Kuching, Saratok, Sri Aman dan Semarahan telah dijalankan.

Dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan kakitangan-kakitangan, pelbagai jenis latihan dan seminar telah dijalankan.Selain itu, tanggungjawab sosial juga dijalankan seperti 4 hari pendermaan darah yang dijalankan sepanjang tahun 2016, pemberian latihan praktikal untuk seramai 25 pelajar dari institusi-institusi yang berlainan.